Wednesday, 11 November 2015

Mental Kanak-kanak di Malaysia

                                                        Tajuk yang terakhir sekali..iaitu
        "Keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia"
                                                   Adakah kalian bersetuju atau tidak?                          
                           Seperti biasa,sila berikan alasan anda dalam 150-200 patah perkataan.

8 comments:

  1. Kanak-kanak prasekolah dan pelajar sekolah rendah hari ini memang mengalami stres yang sangat tinggi dalam hidup mereka. Malah, kesihatan dan perkembangan sosioemosi mereka turut terjejas teruk akibat daripada stres tersebut. Oleh itu , kita sebagai masyarakat perlu memandang serius mengenai hal ini kerana anak-anak ini merupakan generasi yang akan menerajui negara kita pada masa hadapan.

    Anak-anak yang berusia 12 tahun ( darjah 6 ) yang paling ketara akan mengalami stres yang sangat tinggi kerana mereka perlu menghadapi UPSR. Sudah tentu, ibu bapa meletakkan harapan yang sangat tinggi terhadap anak-anak mereka untuk mendapat 5A dalam peperiksaan tersebut. Namun, ibu bapa dan masyarakat sering terlepas pandang tentang masalah yang mungkin dihadapi oleh anak-anak mereka akibat kepentingan diri mereka sendiri ini.

    Kebiasaannya, sebelum peperiksaan UPSR dijalankan , umat Islam di Malaysia pasti akan merayakan Hari Raya Puasa dan akan pulang ke kampung untuk bersama keluarga. Kebanyakan guru-guru pasti akan membekalkan banyak latihan dan kerja sekolah kepada anak-anak muridnya. Bahkan, ada sebahagian sekolah rendah yang turut mengadakan kelas tambahan ketika cuti sekolah tiba. Kesemua tugasan dan kelas tambahan ini telah menyekat masa murid-murid sekolah ini untuk bergaul dengan sanak saudara yang lain di kampung mereka. Malah ,hal ini turut menyebabkan mereka berasa terbatas untuk melakukan aktiviti di luar rumah dan terpaksa terperuk di dalam bilik demi menyiapkan segala tugasan yang diberikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudari Nur Aqilah kerana sudi memberi pandangan anda dalam forum ini.Saya bersetuju dengan pendapat anda bahawa kesihatan mental mereka kebanyakkannya berlaku kerana masalah peperiksaan.Orang dewasa samada ibubapa atau guru sering memberikan mereka tekanan sekiranya mereka mengambil bahagian dalam pepeperiksaan besar seperti STPM,SPM,PT3 dan UPSR.Disebabkan itulah terjadinya pelbagai masalah yang lain untuk mereka melepaskan stress.Sekian,terima kasih.

      Delete
  2. assalamualaikum, Pada pendapat saya, Kanak-kanak merupakan aset Negara yang amat penting. Untuk membesar dengan sihat dan sempurna, keperluan fizikal dan mental kanak-kanak perlu dipenuhi. Sokongan dari ibu bapa akan dapat membantu kanak-kanak mencapai potensi mereka sepenuhnya dan membentuk peribadi anak-anak apabila mereka dewasa. Adalah mudah untuk mengenal pasti keperluan fizikal kanak-kanak berbanding dengan keperluan mental dan juga keperluan emosi. Biasanya, ibu bapa akan menyediakan keperluan – keperluan asas kepada anak-anak mereka seperti makanan sihat, tempat tinggal serta pendidikan yang baik dengan harapan kanak-kanak ini akan membesar dengan sempurna dan berjaya dalam kehidupan. Dalam pada itu, aspek kesihatan mental dan emosi kanak-kanak sering kali tidak diberi perhatian. Kesihatan mental yang baik amat diperlukan untuk menjamin kanak-kanak dapat belajar dengan sempurna, menjalani perkembangan sosial yang baik dan juga dapat mempelajari kemahiran baru.Seandainya keperluan kesihatan mental dan emosi kanak-kanak tidak dipenuhi, ia boleh mengakibatkan masalah mental di kalangan mereka. Ibu bapa perlu mengetahui keperluan asas kesihatan mental anak-anak mereka agar keperluan ini dapat disediakan dengan sempurna bagi membantu kanak-kanak mempertingkatkan daya kecerdasan, harga dan keyakinan diri serta perkembangan emosi yang baik, kanak-kanak perlu didedahkan dengan keadaan persekitaran yang kondusif, bergaul dengan rakan sebaya yang sesuai dan juga bimbingan yang berterusan dari ibu bapa dan guru-guru. Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tereima kasih kepada saudari Erina kerana sudi melawat ke blog saya.Ada benarnya kata-kata saudari bahawa ibu bapa sering mengabaikan kesihatan mental dan emosi kanak-kanak dan hanya meyediakan keperluan luaran mereka sahaja.Ibu bapa seharusnya mengambil kira luaran dan dalaman kanak-kanak.Dengan adanya kesihatan mental dan fizikal,kanak-kanak dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.

      Delete
  3. Assalamualaikum kepada saudari Izaty. Saya ingin mengkongsikan pendapat saya tentang tajuk anda di atas.

    pada pandangan saya kanak kanak di peringkat prasekolah boleh mengalami stress.Hal ini demikian kerana,faktor persekitaran yang menyumbang masalah ini berlaku dikalangan kanak kanak prasekolah.Antara contoh faktor persekitaran adalah masalah dalam keluarga .Sebagai contoh,kanak kanak dibesarkan dalam sebuah keluarga yang menghadapi konflik pnceraian ibu bapa atau pergaduhan pasti akan mengalami stress.Dalam lingkungan usia yang sangat muda,kanak kanak yang berumur 5-7 tahun akan menghadapi gangguan psikologi mental juga.Sekiranya tiada tindakan yang diambil,kemungkinan kanak kanak tersebut akan mengalami trauma,fobia dan dendam.Dari aspek golongan remaja atau dewasa,golongan ini sudah matang dalam menangani stress ,tetapi berbeza dengan keadaan kanak kanak peringkat prasekolah yang tidak tahu dalam menangani stress.kesimpulannya,peranan ibu bapa sangat penting dalam mendidik dan memantau kanak kanak dengan penuh kasih sayang agar mereka dapat hidup dengan selesa.

    Diharapkan agar pendapat saya dapat membantu anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kepada saudari Nurul Nadya kerana memberikan pendapat yang bernas.Faktor persekitaran sememangnya memainkan peranan yang penting dalam masalah stress dikalangan kanak-kanak.Dalam hal ini,ibu bapa perlu menanamkan sikap kasih sayang dalam diri anak-anak agar kesihatan mental dan fizikal mereka berada dalam keadan baik dan sihat.

      Delete
  4. Assalamualaikum saudari izaty. Pada pandangan saya yang dapat saya berikan berdasarkan tajuk forum yang ke empat ini. Ia mengulas secara langsung terhadap suasana persekitaran sekolah yang sangat efektif terhadap pembelajaran kanak-kanak. Oleh itu, apa yang dapat saya kongsikan kepada saudari bahawa tahap kesihatan mental kanak-kanak semakin merundum sejak akhir-akhir ini. Lantaran itu, masalah ini haruslah dicegah oleh pihak yang wajib menjaga kebajikan kanak-kanak. Contohnya, kajian kaunseling terhadap beberapa pelajar sekolah yang mengalami masalah stress yang tinggi, wal hal pada zaman kanak-kanak seharusnya mereka tidak mengalami masalah tekanan jiwa. Hal ini, sememangnya memberikan kesan yang buruk terhadap kehidupan kanak-kanak tersebut. Kerana kanak-kanak yang mengalami tekanan diusia ini akan mengalami banyak masalah sosial terutama sekali isu kanak-kanak berani lari dari rumah kerana takut akan ibubapa yang garang yang sering mendera mereka. Ini mengakibatkan pergaulan kanak-kanak tersebut akan mula tercemar kerana mereka akan bergaul dengan orang yang dapat melindungi mereka dari dicederakan. Namun, adakalanya mereka tersalah memilih golongan yang dapat melindungi mereka iaitu mereka ini yang akan mengambil kesempatan terhadap kelemahan diri kanak-kanak tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kepada saudari Ruhaimah.Pelbagai masalah akan terjadi sekiranya anak-anak mengalami stress sejak usia yang masih muda.Mereka akan cuba untuk melepaskan stress dengan jalan yang salah dan mudah.Masalah seperti kanak-kanak berani lari dari rumah terjadi kerana masalah kekeluargaan.

      Delete