Wednesday, 14 October 2015

Peranan Rakan Sebaya

Hari ini,saya nak beri soalan kedua kat korang sume.Sila balas..yerk..
Pada pendapat anda semua,bagaimanakah  rakan sebaya dapat memainkan peranan penting dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak



8 comments:

  1. Rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting kepada pembentukan dan pembangunan seseorang individu. Ini kerana para remaja dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan rakan sebaya yang mana lebih tinggi daripada pengaruh ibu bapa.

    Kadang kala mereka merasa lebih selesa berbincang atau bercerita masalah mereka dengan rakan sebaya mereka. Pengaruh rakan sebaya boleh diterima secara positif dan negatif. Ibu bapa berhak mengawal dan mengambil tahu siapa dan dengan siapa anak mereka berkawan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, rakan sebaya ialah sahabat yang sama umurnya dan mempunyai lingkungan latar belakang yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat atau dalam kata lain mempunyai minat yang sama. Berdasarkan definisi ini, kata kunci yang penting untuk dikaitkan dengan pengaruh sosioemosi kanak-kanak itu ialah "mempunyai minat yang sama". Apabila minat itu sama, bagi mereka rakan sebaya itu merupakan sumber informasi dan orang yang boleh dipercayai. Permasalahan atau apa-apa yang perlu dikongsi akan dirujuk dengan rakan sebaya. Hal ini kerana wujudnya perapatan yang jitu disebabkan nilai kepercayaan dan minat yang sama.

    Selain itu, dari segi pergaulan yang kurang dapat perhatian atau kawalan dari pihak keluarga mereka akan lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan sebaya. Hal ini di khuatiri pemilihan rakan sebaya yang tidak bermoral akan mempengaruhi perkembangan moral dan sosioemosi mereka. Di mana sosioemosi ini bermaksud keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberikan tindakbalas terhadap sesuatu dan bertingkahlaku mengikut norma masyarakat.

    Menurut Teori Perkembangan Havighurst, pada zaman remaja seseorang individu mengalami beberapa perubahan. Remaja mengalami dan mempelajari cara-cara menyesuaikan diri dengan sekelilingnya. Persekitaran yang mempengaruhi kanak-kanak dapat dilihat dari segi pemakanan,
    rakan sebaya, guru, bahan bacaan dan internet. Muhd. Mansur Abdullah et al (1988) menyatakan dengan mencontohi rakan sebayanya, belia kita akan dapat belajar satu tingkah laku baru yang cuba diserap dan disesuaikan pula ke dalam personalitinya. Oleh itu rakan sebaya adalah memainkan peranan penting dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kepada saudari kerana memberikan pandangan anda dalam tajuk ini.Rakan sebaya sudah tidak asing lagi bagi kanak-kanak.Mereka menberi pengaruh dari segi tingkahlaku serta sosioemosi anak-anak.Ibubapa perlu mengetahui dengan siapakah anak-anak mereka berkawan untuk mengelakkan mereka terjebak dengan gejala yang tidak berfaedah.

      Delete
  2. assalamualaikum saudari nurizaty, terima kasih kerana mengemukakan isu yang amat amat menarik perhatian saya. Pada pandangan saya, Kita juga perlu mengetahui konsep rakan sebaya itu. Rakan sebaya merupakan kumpulan remaja yang sama dari segi umur,pendidikan atau kelas sosial dan minat Kita sedia maklum bahawa remaja biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka.Untuk remaja , rakan sebaya terdiri daripada sekumpulan besar rakan-rakan mereka yang sama umur, kelas, jiran atau rakan sekerja.Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar. Kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Pada kebiasaannya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya. Rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kepada saudari kerana memberikan pandangan anda dalam tajuk ini.Benar kata saudari bahawa kanak-kanak menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan.Oleh itu,rakan sebaya sangat memainkan peranan dalam perkembangan sosioemosi anak-anak.

      Delete
  3. Assalamualaikum saudari izaty. Terima kasih kerana telah membuka soalan forum untuk kalangan dewasa seperti saya, seperti sedia maklum bahawa persoalan terhadap tajuk yang diberikan iaitu peranan rakan sebaya dalam membentuk sosioemosi kanak-kanak. Berdasarkan fahaman saya terhadap perkembangan kanak-kanak sangat mementingkan persekitaran yang baik, misalnya rakan sebaya adalah salah satu agen yang membentuk sosioemosi kanak-kanak. Hal ini berlaku semasa kanak-kanak mula menjejakkan kaki ke alam persekolahan, ini mengakibatkan kanak-kanak akan mempelajari benda baru semasa berkenalan dengan rakan sebaya mereka tidak kiralah dari sudut fizikal dan mental. Lantaran itu, sesi persekolahan kanak-kanak adalah sangat panjang boleh dikatakan kanak-kanak banyak menghabiskan masa bersama rakan mereka. Contohnya, pada waktu pagi mereka akan pergi ke sekolah kebangsaan, waktu petang pergi kelas tambahan. Oleh itu, kanak-kanak mempelajari benda baru apabila setiap dari mereka berkongsi masalah, kegembiraan, dan lain-lain lagi dalam bentuk norma kehidupan. Hal ini tidak dapat di sangkal lagi apabila seorang rakan lebih memahami sahabat mereka berbanding keluarga mereka sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kepada saudari kerana memberikan pandangan anda dalam tajuk ini.Rakan sebaya menjadi agen untuk anak-anak mempelajari sesuatu perkara yang baru.Mereka juga akan mengikuti segala tingkahlaku,personaliti dan kemahiran. rakan

      Delete
  4. Pada pandangan saya, memang benar rakan sebaya sememangnya memberi impak yang besar dalam proses perkembangan sosioemosi kanak-kanak.Zaman kanak-kanak merupakan suatu era dimana mereka berada dalam tempoh bagi mengenal dan menyesuaikan diri dengan persekitaran sekeliling.Misalnya,kanak-kanak dapat kembangkan otak mereka dengan bermain dan bersaing secara sihat dengan rakan sebaya.Sesungguhnya, bermain bersama rakan-rakan adalah salah satu cara mempercepatkan lagi proses perkembangan otak kanak-kanak.selain itu,dengan bermain dan bersama dengan rakan-rakan sebaya,mereka akan lebih cepat memproses apa yang dilihat,didengar,dan dipelajari pada hari itu dengan lebih cepat dan efektif kerana mereka gembira dan rela dalam suasana yang menghiburkan serta riang hati.Kadang-kadang, kanak-kanak akan lebih gembira apabila bersama rakan sebaya berbanding keluarga mahupun ibubapa sendiri.Mungkin kerana rakan sebaya lebih memahami jiwa dan kehendak sesama mereka disebabkan mereka berkongsi umur yang sama.Jadi tidak hairanlah jika sek otak kanak-kanak akan lebih cepat berhubung dan memproses sesuatu yang dilakukan seseorang kanak-kanak apabila bersama rakan-rakan.Oleh itu,rakan-rakan seolah-olah mempunyai satu kuasa dalam mempengaruhi emosi serta pemikiran kanak-kanak dan dalam memproses perkembangan sosioemosi kanak-kanak.Apabila sosioemosi kanak-kanak berkembang dan memproses sesuatu secara sihat dan terkawal baik,kanak-kanak mendapat peluang belajar dalam mengawal emosi,cara berfikir,dan bertindak positif dalam menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat.Otak kanak-kanak adalah yang paling segar dan aktif atas faktor umur mereka masih muda.Disebabkan itu mereka mudah menyerap dan ingat semua yang mereka pelajari.
    Diharapkan pendapat saya ini memberi input kepada anda walaupun sedikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kepada saudari kerana memberikan pandangan anda dalam tajuk ini.Tidak dapat disangkalkan lagi bahawa rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak.Kanak-kanak terutamanya akan lebih mementingkan rakan mereka berbanding keluarga sendiri.Ini menunjukkan bahawa pengaruh rakan sebaya sangat kuat dalam diri kanak-kanak.

      Delete