Assalamualaikum...sudah lama saya tidak menulis di blog ini.
Hari ini saya mahu anda semua membincangkan tajuk yang ketiga iaitu
"Kecerdasan Emosi dan Sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan".
Adakah anda semua bersetuju atau tidak dengan kenyataan ini. Sila berikan sebab dan musababnya. Sekian,terima kasih.
Kecerdasan emosi adalah kemampuan seseorang untuk menerima, menilai, mengelola, serta mengawal emosi dirinya dan orang lain di sekitarnya. Dalam hal ini, emosi mengacu pada perasaan terhadap informasi akan sesebuah ikatan perhubungan. Sedangkan, kecerdasan mengacu pada sesuatu untuk memberikan alasan yang logik akan suatu hubungan. Kecerdasan emosi belakangan ini dinilai lebih penting daripada kecerdasan intelek. Sebuah penelitian mengungkapkan bahawa kecerdasan emosi dua kali lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam memberikan penumpuan dan menentukan kejayaan seseorang khususnya dalam dunia perkerjaan.
ReplyDeleteSebagaimana profesion perguruan yang menitik beratkan terhadap suatu tanggungjawab yang perlu digalas dalam pengajaran & pembelajaran (P&P) yang kadang-kalanya sikap pelajar-pelajarnya menguji kesabarannya yang melibatkan emosi guru itu sendiri. Menurut Howard Gardner (1983) terdapat lima pokok utama dari kecerdasan emosi seseorang, yakni mampu mengendali dan mengelola emosi diri sendiri, memiliki kepekaan terhadap emosi orang lain, mampu merespon dan bersosialisasi dengan orang lain secara emosional, serta dapat menggunakan emosi sebagai alat untuk memotivasi diri. Menurut Aristoteles pula, dalam The Nichomacea Ethics adalah bukan emosi yang menjadi masalah, tetapi lebih kepada kita mengekspresikan dan mengendalikan semua jenis emosi dan menguasainya dengan kecerdasan, bahkan nafsu jika dilatih dengan baik akan menghasilkan kebijaksanaan.
Terima kasih kepada saudari kerana sudi memberi pandangan dalam hal ini.Sememangnya emosi,sosial dan intelek sama pentingnua dalam bidang pekerjaan.Sebagai seorang guru,mereka perlu mempunyai ketiga-tiga nilai ini agar dapat memberi fokus dan tidak gentar dalam menghadapi masalah.
Deleteassalammualaikum saudari. Pada pendapat saya, saya tidak bersetuju dengan penyataan tersebut . Bagi saya kita sewajarnya seimbangkan kecerdasan emosi dan sosial dengan kecerdasan intelektual . Kita tidak boleh hanya memandang pada kecerdasan emosi dan sosial semata mata . Ini kerana dalam dunia pekerjaan intelektual penting untuk membuatkan seseorang supaya boleh melakukan pekerjaan dan berfikiran abstrak . Dan saya juga tidak menolak kepentingan kecerdasan emosi dan sosial kerana didalam dunia pekerjaan yang serba mencabar , seseorang perlu mempunyai kecerdasan emosi dan sosial yang akan membolehkan mereka melakukan sesuatu keputusan kerja secara rasional . Itu merupakan pandangan yang ingin saya kongsikan . Sekian, Terima kasih.
ReplyDeleteTerima kasih kepada saudari kerana sudi memberi pandangan dalam hal ini.Sememangnya emosi,sosial dan intelek sama pentingnya dalam bidang pekerjaan.Dalam dunia pekerjaan intelektual penting untuk membuatkan seseorang supaya boleh melakukan pekerjaan dan berfikiran abstrak
DeleteBerdasarkan kenyataan saudari, saya amat bersetuju bahawa kecerdasan emosi dan social adalah lebih penting berbanding kecerdasan intelek. Kecerdasan emosi yakni pemikiran otak sebelah kanan manusia membantu manusia dalam melakukan sesuatu keputusan, berbeza dengan kecerdasan intelek yang bergantung kepada logic. Kecerdasan emosi yang tinggi memberi satu kelebihan kepada manusia kerana penggunaan emosi yang efektif membantu manusia dalam melakukan pertimbangan yang bijak dan memiliki kemahiran yang tinggi dalam bidang pekerjaan. Manakala kecerdasan intelek amat terhad dan sering kali mencetuskan kekeliruan kepada manusia itu sendiri. Selain itu juga, kecerdasan emosi mampu mencorakkan kehidupan manusia membantu manusia dalam merealisasikan sesuatu matlamat. Walaupun dengan kecerdasan intelek yang tinggi, manusia masih lagi memerlukan kecerdasan emosi untuk mengadaptasikan diri dalam dunia pekerjaan. Harap ulasan serba sedikit ini memberi manfaat kepada saudari.
ReplyDeleteTerima kasih kepada saudari kerana sudi memberi pandangan dalam hal ini.Saudari menyatakan bahawa kecerdasan emosi dan social adalah lebih penting berbanding kecerdasan intelek.Hal ini kerana kecerdasan emosi mampu mencorakkan kehidupan manusia membantu manusia dalam merealisasikan sesuatu matlamat. penggunaan emosi yang efektif membantu manusia dalam melakukan pertimbangan yang bijak dan memiliki kemahiran yang tinggi dalam bidang pekerjaan.
DeleteAssalamualaikum saudari izaty. Terima kasih kerana telah membuka soalan forum untuk kalangan dewasa seperti saya, seperti sedia maklum bahawa persoalan terhadap tajuk yang diberikan iaitu peranan rakan sebaya dalam membentuk sosioemosi kanak-kanak. Berdasarkan fahaman saya terhadap perkembangan kanak-kanak sangat mementingkan persekitaran yang baik, misalnya rakan sebaya adalah salah satu agen yang membentuk sosioemosi kanak-kanak. Hal ini berlaku semasa kanak-kanak mula menjejakkan kaki ke alam persekolahan, ini mengakibatkan kanak-kanak akan mempelajari benda baru semasa berkenalan dengan rakan sebaya mereka tidak kiralah dari sudut fizikal dan mental. Lantaran itu, sesi persekolahan kanak-kanak adalah sangat panjang boleh dikatakan kanak-kanak banyak menghabiskan masa bersama rakan mereka. Contohnya, pada waktu pagi mereka akan pergi ke sekolah kebangsaan, waktu petang pergi kelas tambahan. Oleh itu, kanak-kanak mempelajari benda baru apabila setiap dari mereka berkongsi masalah, kegembiraan, dan lain-lain lagi dalam bentuk norma kehidupan. Hal ini tidak dapat di sangkal lagi apabila seorang rakan lebih memahami sahabat mereka berbanding keluarga mereka sendiri.
ReplyDeleteTerima kasih kepada saudari kerana sudi memberi pandangan dalam hal ini.Rakan sebaya sememangnya memberi kesan dalam emosi kanak-kanak.Mereka akan mempelajari perkara baru tidak kiralah dari sudut fizikal dan mental.
Delete